Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah (Malaysiakini)
Beberapa
keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim
makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa
mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet hari ini.Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar di SK Seri Pistana, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.
Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik air sekolah tersebut.
Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara itu yang terletak bersebelahan tandas.
Kantin sekolah juga didakwa ditutup dan dipercayai tidak menyediakan sebarang makanan sepanjang bulan Ramadan.
Sementara itu, timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, beliau telah meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara tersebut.
Tindakan tersebut sedang dijalankan pada masa ini, katanya lagi di Facebook.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke bilik air.

No comments:
Post a Comment