Datuk Kamalanathan membisu dalam perkara ini.
Total Pageviews
Monday, 3 April 2017
Sunday, 2 April 2017
Perhimpunan Aman Menuntut RM33.5 juta untuk SJKT
Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 2 April 2017 di Dataran Little India, Ipoh.
Perhimpunan Aman Menuntut RM33.5 juta Untuk SJKT
Satu perhimpunan aman telah diadakan di Dataran Little India Ipoh untuk menuntut supaya RM33.5 juta disalurkan kepada sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara. Sekolah-sekolah Tamil seharusnya menerima peruntukkan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2016. Tetapi kerajaan hanya menyalurkan RM16.5 juta pada tahun tersebut.
Pemimpin-pemimpin MIC gagal untuk mendapatkan peruntukkan tersebut. Saya telah memohon kepada Timbalan Menteri Kewangan untuk meluluskan baki RM16.5 juta di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada 27 Mac 2017.
Perhimpunan aman pada pagi ini adalah untuk meminta kerajaan meluluskan baki RM33.5 juta untuk sekolah-sekolah Tamil pada kadar yang segera. Ini adalah kerana banyak sekolah-sekolah Tamil masih menanti peruntukkan ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Friday, 31 March 2017
Monday, 27 March 2017
Friday, 8 August 2014
தமிழ்மொழி உலக முதன் மொழிகளுள்ஒனறு
பாரிதிமாற்கலைஞர் பெரும்புலவர்.காலையில் சமஸ்கிருத மந்திரங்களை ஓதி வழிபாடு செய்வார். விரைவில் களைத்துப்போவார். நுரையீரலி நோவு கண்டார்.பின்னர், ஒருவரின் அறிவுரையால் பைந்தமிழ்ப்பாக்களால் வழிபாடு நடாத்தினார்.நுரையீரல் நோய் மறைந்தது. களைப்பு நீங்கியது. உள்ளத்தில் மகிழ்வும்,நிறைவும் குடி கொண்டன.தமித்தாய் தன் சேயை அணைத்துக் கொண்டாள்.சேயும் அன்னுயின் மடியில் அமைதிக்கண்டது.வீரமும் காதலும் வாழ்வில் இன்பமாய்த் திகழ,பீடுற பிற நாடுகளை வென்ற தமிழர் பின்னாட்க்களில் இன மொழி உணர்விழந்தார்
கலையிழந்தார்;அடிமையானார் .இன்று மிகச் சிறந்த தம் மொழியின் பெருமையும் அறியாது,பிற மொழியின் பால் காமுற்று தமிழைப் பேசவும் கூசி வாழ்கின்றார்.பெருமை குன்றி அடிமைத்தனம் ஊறியதால் தமிழும் கூட அடிமைமொழி போல் தோன்றியது போலும் பிற மொழிக்காரர் தம் மொழிக்கு தரும் சிறப்பை மதிப்பை தமிழர் தமிழுக்குத் தருவதில்லை.இது அடிமை மனப்பாங்கின் நிலை.தாழ்வு மனப்பான்மையின் வெளிப்பாடு.இந்தத் தாழ்வு மனப்பான்மையால் மட்டும் தமிழர் தமிழ்ப் பெயரைத் தம் செல்வங்களுக்கு இடுவதில்லை.தமிழறிவு அற்றமையும் ஒரு
காரணியமாகும்.பிறக்கவிருக்கும் நம் செல்வங்களுக்கு செந்தமிழ்ப் பெயரிடுவோம்.தாழ்வுற்ற இனம் தலைநிமிரமொழியின் ஆளுமை தேவை. மொழியின்ஆட்சி வலிமை பெற வேண்டும்.இதனைப் பிறஇன மக்கள் உணர்துள்ளனர் நாமும் உணர வேண்டும்.இன உணர்வு,நாட்டுப்பற்றுணர்வு இந்த நூற்றாணடில் தலை தூக்கிவிட்டது.அது ஊழி தீயென எரியபோகிறது. தமிழர் தலை நிமிரும் காலம் தொலைவில் இல்லை.அவ்வூழித் தீயின் சுடர் இளந்தமிழரே உங்கள் கையில் இன்றுள்ளது அதனை அழியாது காப்பது உங்கள் கடமை. தமிழராய்ப் பிறந்துவிட்ட கடனைக் கழிக்க கடமையைச் சிறிதாவதுஆற்றி மன நிறைவு கொள்ளுமாறு தாழ்மையுடன் வேண்டி இளஞைர்களை அழைக்கிறேன் தலைமை தாங்க. வணக்கம்
Sunday, 29 September 2013
Penubuhan Sekolah Tamil Baru Adalah Satu Mimpi Di Bawah Kerajaan BN
![]() |
| Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 25 September 2013 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia |
Adakah kerajaan benar- benar serius untuk menubuhkan sekolah- sekolah Tamil yang baru di negara kita? Banyak janji-janji dibuat sebelum pilihanraya bahawa kerajaan bersedia untuk menubuhkan sekolah- sekolah Tamil jika ada keperluan di tempat- tempat tertentu. Tetapi, bolehkah janji ini dipercayai? Apakah status 7 sekolah Tamil baru yang dijanjikan oleh kerajaan?
Setakat ini tidak ada apa-apa tindakan kerajaan yang serius dalam membina sekolah Tamil di negara ini. Ada bukti- bukti sejarah yang menunjukkan bahawa negara kita pernah memiliki lebih 1000 sekolah Tamil. Hari ini, yang masih kekal hanyalah sebanyak 523 sahaja.
Hampir 50% Sekolah-sekolah Tamil telah ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan memberi pelbagai alasan untuk penutupan sekolah-sekolah itu. Antaranya ialah migrasi masyarakat India dari ladang- ladang ke kawasan bandar dan separa bandar mengikut peredaran masa.
Ini menyebabkan bilangan murid-murid semakin berkurangan dan akhirnya kerajaan terpaksa membuat keputusan untuk menutup sekolah- sekolah tersebut. Ini mungkin satu jawapan yang logik dan rasional. Tetapi, migrasi kaum India ke kawasan bandar dan separa bandar meningkatkan populasi mereka di situ. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk mmembina sekolah- sekolah Tamil di kawasan bandar & separa bandar yang mempunyai penduduk kaum India yang ramai.
Berhubung dengan perkara itu, saya telah menanyakan satu soalan lisan di Dewan Rakyat pada 24 September 2013. Soalan saya adalah seperti berikut :
" minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada Kementerian mempunyai niat untuk menubuhkan sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang baru. Jika ya, adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk membina sekolah Tamil di kawasan Jelapang yang mempunyai lebih kurang 20% kaum India"
Kerajaan memberi satu jawapan yang putar belit dan mengelak. Ini membuktikan kerajaan tidak serius dalam menangani isu ini. Berikut adalah jawapan kerajaan :
" Kementerian Pendidikan Malaysia amat mengambil berat akan keperluan sekolah untuk semua kaum. Kementerian juga sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pembelajaran yang terbaik untuk semua kaum. Permohonan penubuhan sekolah-sekolah jenis kebangsaan mengikut keperluan komuniti sesuatu kaum sentiasa diberikan perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya oleh kementerian dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, penubuhan serta pembinaan sekolah tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan tertinggi kerajaan"
Jawapan ini menimbulkan banyak persoalan yang mencurigakan.
1) Adakah kerajaan benar- benar mengambil berat akan keperluan untuk membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil? Berapakah jumlah sekolah Cina dan Tamil yang telah dibina di negara kita sejak kemerdekaan?
2) Adakah benar Kementerian Pendidikan menyediakan kemudahan pembelajaran yang terbaik untuk semua kaum? Kalau benar, kenapa kita masih mempunyai sistem dua aliran yang berbeza iaitu sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan modal?
3) Betulkah kerajaan menubuhkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan mengikut keperluan komuniti sesuatu kaum? Kalau betul, bolehkah kerajaan senaraikan semua sekolah- sekolah jenis kebangsaan yang dibina mengikut keperluan komuniti sejak 10 tahun yang lalu.
4) Kementerian Pendidikan menjawab bahawa penubuhan serta pembinaan sekolah tersebut tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan tertinggi kerajaan. Siapakah pengurusan tertinggi itu yang dimaksudkan itu?
5) Kenapa Kementerian Pendidikan tidak menjawap soalan spesifik saya mengenai rancangan untuk membina sekolah Tamil di kawasan Jelapang yang mempunyai lebih kurang 20% kaum India?
Ini membuktikan kerajaan tidak ada rancangan untuk membina sekolah jenis kebangsaan di kawasan- kawasan tertentu walaupun terdapat jumlah kaum tertentu yang ramai dan mempunyai keperluan.



