Total Pageviews

Monday, 8 July 2013

Matriculation update's from A.Thiruvenggadam

Matriculation : status as on 8-7-2013


Your second point was my first

I was at Education Ministry from 2.00 to 5.30pm today (8-7-2013). En Abdul Kahar, the corporate communication division head said,“ En.Thiru dan rakan-rakan encik berlepas dalam pukul 3 petang pada hari Khamis lepas.Atas permintaan segera KSU, kami ada sedia report dan mail kepada beliau dalam masa 2 jam pada hari yang sama.”

“Dalam report kepada KSU, encik Kahar ada stress point yang mana”
I asked him.

“Itu hari saya kurang cakap dan biar deputy saya en Sharif cakap.En. Thiru ada perhatikankan? Saya terus ambil nota debat Thiru. Dua point yang en Thiru tegaskan pada hari itu adalah:
1) Mengapa En Sukur( Matrix dept) tidak cuba mengisi baki tempat kosong dalam 1500 itu dalam jangka masa di antara intake pertama dan kedua?
2) En Sukur sudah pun tahu angka sebenar tawaran yang diterima pada intake pertama.Angka itu ialah lebih 800.Dalam hal ini encik memang sudah pun tahu dengan jelas bahawa kekosongan yang perlu diisi adalah lebih 600.Mengapa pula pihak Matrix encik Sukur hanya bagi tawaran kepada 350 orang pelajar dalam intake kedua? Ini membuktikan memang pihak Matrix en Sukur tidak ada niat untuk habis penuhkan 1500 tempat seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri.

I told encik Kahar,” Your second point was my first.”
Our protest and meeting with MOE on 4-7-2013, last Thursday has let to preparation of quick report to its KSU. This has further let to an emergency meeting in MOE on last Friday morning and on the same day evening Kamalanathan has called for a press conference.
As arranged, the KSU was supposed to meet Muhyiddin Yassin today for final ‘verdict’.
Until 530pm today, nobody could confirm the meeting result between them.
A.thiruvenggadam

Sunday, 7 July 2013

Sistem Pendidikan Di Malaysia Gagal.

KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan negara harus diakui gagal dan tidak boleh dipertahankan lagi, jelas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.



Jelasnya, antara lain, sistem pendidikan negara gagal dalam penyepaduan budaya antara anggota masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa supaya saling dapat menghargai adat resam yang berbeza

Oleh itu, Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu mengesa satu tindakan yang ikhlas, berani dan radikal dilaksanakan segera untuk memulihkan sistem pendidikan negara.

“ Saya sedar urusan perubahan ini memerlukan masa yang lama, tetapi kita boleh mempercepatkan proses ini dengan belajar dan melihat kepada model yang sudah berjaya dan terbukti seperti yang berlaku di China, Korea Selatan dan Finland,” jelas Tengku Razaleigh.


“Kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga kerja mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan, terutama dari kalangan syarikat swasta dan MNC lebih cenderung untuk memilih graduan yang dari luar sistem kita.” tambahnya.

Tengku Razaleigh berucap merasmikan Majlis Makan Malam Amal anjuran Teach For The Needs di Kuala Lumpur.

Turut hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.

Bekas Naib Presiden UMNO itu juga turut mempersoalkan standard yang digunapakai sistem pendidikan negara yang dikatakan tidak menepati keperluan atau kelayakan minimum yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Jelasnya dalam penilaian Programme for International Students Assessment (PISA) 2009, Malaysia diletakkan pada tangga yang ke 55 daripada 74 negara sebahagian besar pelajar kita yang berumur 15 tahun gagal memenuhi kelayakan minimum, dengan 60% daripadanya tidak memenuhi keperluan minimum untuk matematik, 44% dalam membaca dan 43% dalam sains.

Sementara “Trends in International Mathematics dan Science Study” (TIMSS) 2007, pula menunjukkan secara purata, 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minimum dalam matematik dan sains.

“Anehnya, dapatan ini tidak selaras dengan pencapaian cemerlang peringkat nasional yang hampir setiap tahun dihebahkan secara besar-besaran.” jelasnya

“Apakah sistem penilaian kita rendah, tidak menepati “standard” dan tidak tepat sehingga kita cemerlang menurutnya tapi gagal berprestasi apabila berdepan dengan penilaian antarabangsa yang lebih konklusif?” tambah beliau.

Tengku Razaleigh turut menyelar sistem yang digunapakai di peringkat Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan yang sering memberi anugerah kepada Pengetua berdasarkan keputusan peperiksaan cemerlang sekolah mereka.

Jelasnya, pelaksanaan ini walaupun berniat baik boleh membawa kesan negatif apabila terdapatnya Pengetua yang terlalu ghairah untuk “menang” dan ini boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak sihat.

“Sebagai contoh yang ekstrim, adalah tidak mustahil bagi seseorang pelajar lemah tidak diterima masuk ke sesebuah sekolah demi memastikan prestasi akademiknya tidak terjejas.” jelasnya.

Berita mula diterbitkan pada: Julai 06, 2013 09:00 (MYT)
Tag: sistem pendidikan negara, tengku razaleigh hamzah

Saturday, 29 June 2013

"Satu Bata Pun Tarak Sampai" Ini lah rungutan orang ramai di Gunung Rapat.




Rungutan orang ramai kepada Pertubuhan Tamilpalli Thirvukkulu Perak
Tarikh : 29/06/2013
Tempat : Sjk(T) Gunung Rapat.




 Isu Bangunan Baru Sjkt Gunung Rapat bukanlah isu baru kepada kita semua, akan tetapi isu ini dipandang remeh oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan berkenaan.Pelbagai janji di beri oleh pelbagai Menteri, Timbalan Menteri, Wakil rakyat, Exco kerajaan Negeri Perak dan juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Zambry Abd Kadir.

Janji mereka semata untuk mengaut undi PRU 13 yang lepas. Mereka janji bangunan baru akan di bina pada bulan enam 2013, tetapi satu Bata pun tak sampai lagi. Apakah mereka mempersendekan kaum Tamil di Nagara ini,??????

Keratan akhbar di atas bertarikh 22/10/2011... Datuk Bandar Ipoh hadir sendiri ke SJKT Gunung Rapat.
Selepas itu Timbalan Perdana Menteri hadir Ke "Littel India" semasa perayaan Deepavali 2011 dan berjanji peruntukkan sebanyak 2.5juta untuk SJKT Gunung Rapat sebagai hadiah Deepavali.

Perkara yang amat duka cita adalah hadiah berkenaan ...Tiada bangsa lain akan terima hadiah sebegini semasa perayaan .Ini adalah tanggungjawab kerajaan, bukannya hadiah...dan benda permainan Pilihan raya.

Friday, 21 September 2012

Masalah SJKT Menglembu..(Varum Annal Varathu)


Sekolah SJKT Menglembu merupakan sebuah Sekolah Tamil yang terletak di Dun Menglembu. Sekolah ini menghadapi masalah dalam pembaikan bangunan. Keadaan semasa Sekolah boleh dilihat bahawa padang sentiasa ditakungi air. Bilik darjah juga ditakungi air. Satu lagi masalah yang ketara ialah kekurangan bilik darjah. Kini sekolah ini menampung lebih kurang 300 orang murid, tetapi kemudahan sekolah pula masih menghadapi kekurangan yang ketara.
  Kerajaan Pusat telah menjanjikan peruntukan lebih 4 tahun yang lalu,akan tetapi ia masih belum sampai lagi. Tamilpalli Thirvukkulu ingin tahu :-

1) Bilakah ianya diluluskan..??
2) Berapakah Jumlah peruntukkan yang diluluskan..??
3) Dimanakah pelan tindakan untuk Sekolah ini..??
4) Bilakah ia akan dibina.??
5) Bilakah kerja ini akan disiapkan

Lagi satu malah ialah terdapat sebuah bangunan "Jawatankuasa Pentadbir Perkuburan" .Ia amat menggangu ketenteraman murid-murid Sekolah ini semasa sesuatu ibadat dijalankan.

Kami harap Kerajaan Pusat dan MIC akan bertindak menyelesaikan masalah Sekolah ini..Bagi pengetahuan, Dun ini mempunyai 10% penduduk India..Kami harap Kerajaan Pusat tidak akan meminggirkan hak orang India.

Thursday, 1 March 2012

2 hektar Land for SJKT Kota Bahroe Gopeng is Missing..!!!!!

SJKT KOTA BAHROE GOPENG...Exclusive....!!!!...The 2 hektar land Given to SJKT Kota Bahroe Gopeng now become controversy..The land is donated by Dato Raja ( Road Contractor).T.T be inform that the land is in the Bank..The School is under Parliment Kampar and under Dun Tualang Sekah...The PIBG Chairman is the one always block the issue to be highlight...The question is What will happent to the Land given to that School..and Samy vellu been visit this School for new land breaking ceremony...what is happening..????